Sunday, November 15, 2009

SEJARAH SENI MUZIK PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W



Salah satu perkara yang mengusutkan dan membimbangkan pada zaman ini ialah persoalan samada mendengar dan bermain muzik itu dibenarkan atau tidak dalam islam. Bukan mudah untuk memahami bagaimana persoalan ini muncul. Ini kerana dilihat tiada kritikan secara terus yang menentang muzik dalam al-Quran. Lebih daripada itu, patut diketahui  kenyataan bahawa muzik merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan social masyarakat arab. Dilihat juga sesuatu telah meresap kedalam jiwa orang-orang arab tentang muzik sehingga Umayya ibn Abi’l Salt yang merupakan seorang yang memntingkan kemoralan dan menganggap hiburan tertentu itu berdosa, tidak menyatakan sesuatu yang menunjukkan dia menghalang muzik.
            Pada masa ini, alat-alat muzik didakwa menjadi suatu perkara yang dapat menguasai manusia kearah keburukan. Ianya juga didakwa dapat menyeru manusia kearah pemujaan syaitan. Dalam kitab al-Aghani iaitu merupakan salah satu kitab yang terkenal telah menceritakan bahawa tiada halangan yang spesifik keatas muzik pada zaman permulaan islam. Tradisi atau sejarah ada yang menunjukkan nabi Muhammad s.a.w bertoleransi dan dapat menerima muzik yang berbentuk instrumental. Malahan, perkahwinannya sendiri dengan khadijah di raikan dengan muzik. Begitu juga semasa perkahwinan puterinya, fatimah. Sejarawan yang terkenal juga ada yang menyatakan bahawa ramai daripada ahli muzik yang menjadi sahabat nabi dan pengikutnya.
            Pada zaman Harun al-Rashid, ahli-ahli muzik selalunya sukar untuk memperoleh keadilan di mahkamah. Ini kerana, Imam al-Shafi’ memandang rendah kepada keterangan lisan atau bertulis yang dibuat oleh seseorang yang berkecimpung dalam bidang kesenian terutama muzik kerana menurutnya keterangan ahli muzik tidak boleh dipercayai.
Apabila diperhatikan kesakitan dan akibat yang bakal diterima oleh ahli-ahli muzik, ada yang berpendapat bahawa kesenian muzik tidak akan berkembang di bawah islam. Pendapat atau jangkaan ini meleset kerana kesenian muzik juga berkembang pada zaman islam.
            Pendapat atau pandangan nabi Muhammad s.a.w terhadap muzik mungkin dapat diterangkan dalam pelbagai sudut. Jenis muzik yang mempunyai puisi yang memuja kehebatan jahiliyyah mestilah dijauhi.
            Muzik merupakan suatu keperluan kepada pelawat-pelawat ke tanah suci. Terdapat banyak muzik yang dimainkan dalam majlis-majlis tertentu dalam kehidupan masyarakat jahiliyyah arab. Muzik dibenarkan jika ianya memberi kegembiraan dan kepuasan dalam suatu majlis seperti majlis pertunangan, perkahwinan, ulangtahun kelahiran dan upacara perkhatanan.
            Salah satu perkara yang harus diambil kira juga ialah semangat yang lahir kesan daripada muzik. Misteri kuasa muzik adalah sesuatu yang dapat dilihat dalam kehidupan masyarakat arab seharian. Evliya Chelebi iaitu seorang berbangsa turki telah menyebut tiga nama daripada seniman-seniman yang dikatakan telah membuat persembahan muziknya sebelum islam. Hanya satu nama sahaja yang terdapat beberapa bukti tentang kejayaannya dalam bidang seni muzik ini iaitu ‘Amr ibn Umayyah.

No comments:

Post a Comment