Saturday, November 14, 2009

pengaruh muzik


Pelbagai pendapat yang dilontarkan dari pelbagai individu mengenai muzik,ada yang bertelagah di antara satu sama lain demi menegakkan pendapat masing-masing.terdapat pelbagai kesan yang wujud dari fenomena muzik itu sendiri tidak dinafikan bahawa terdapat kesan yang baik dan juga tidak terkecuali kesan yang buruk hasil dari pengaruh muzik itu sendiri. Muzik adalah satu cabang seni yang mana ianya boleh mempengaruhi hidup seseorang itu dalam pegurusan hidup seseorang individu itu.Muzik boleh mendatangkan pengaruh yang kurang sihat apabila muzik itu dipengaruhi unsur-unsur yang tidak baik seperti yang direalisasikan oleh video klip-video klip artis barat kerana video klip muzik dari luar negara terdapat pelbagai elemen yang dimasukkan,seperti artis-artis yang berpakaian tidak senonoh dan tidak menutup aurat serta tidak menjaga batas-batas yang ditetapkan.Muzik tidak ditegah di dalam islam jika ianya disertakan dengan unsur-unsur yang boleh mendatangkan kesan yang positif seperti irama-irama kumpulan nasyid yang semakin hari semakin banyak ditubuhkan seperti cendawan tumbuh,jika input-input yang terdapat dalam irama mereka diambil dan dipraktikkan insyaAllah muzik akan menjadi satu medium penyebaran dakwah yang terbaik di zaman ini.
the best minutes you spend is the one you invest in people