Friday, November 13, 2009

muzik dalam islam



“Irama dan lagu tidak dapat dipisahkan”, begitulah sbahagian dari rangkap baris hasil seni lagu karya arwahyarham Tan.sri P.ramlee suatu ketika dahulu dan masih lagi segar berkumandang hampir di setiap corong-corong radio tanah air.Dewasa kini,muzik bagaikan suatu keperluan emosi bagi semua orang, tidak mengira kaum, agama, warna kulit, pangkat ataupun darjat, semua orang inginkan hiburan,inginkan muzik. Semakin hari semakin banyak hasil karya yang dihasilkan oleh para penggiat muzik tanah air mahupun di luar negara.Muzik adalah satu hasil karya seni dari gabungan daripada beberapa instrumen muzik seperti contoh gitar, dram, piano, trompet, bass, gendang atau lain-lain instrumen. Sepertimana yang kita lihat pada hari ini, setiap kali terdapat majlis-majlis keramaian seperti majlis perkhahwinan atau pun apa-apa majlis keramaian, memang akan dimainkan alunan-alunan musik sepanjang majlis tersebut. Ini menunjukkan bahawa semua orang memang inginkan muzik sebagai hiburan. Pada masa sekarang, muzik sudah menjadi suatu sumber rezeki kepada sesiapa yang mempunyai bakat dalam bidang seni muzik di tanah air. Tidak kira lelaki mahupun perempuan,malah kebanyakan IPTA-IPTA dan IPTS-IPTS  di Malaysia juga telah menyediakan pengajian muzik di peringkat diploma mahupun di peringkat ijazah. Dapat lah dibuat kesimpulan awal di sini bahawa pengaruh muzik di kalangan masyarakat yang tidak mengira lapisan  semakin bercambah dan meluas dalam masyarakat kita.Pada masa sekarang ini, pengaruh hiburan dan muzik yang semakin hari semakin membiak dalam masyarakat kita. Media massa menjadi tonggak utama pemberi maklumat tentang hiburan dan muzik. Semakin hari makin pelbagai muzik yang diperkenalkan kepada masyarakat hari ini, malah pengaruh muzik dari luar negara juga sudah sampai ke negara ini tidak kira dari benua asia mahupun benua eropah. Skop muzik luar negara dan dalam negara adalah berbeza, jurang perbezaannya sangat jauh berbanding dengan muzik di arena tempatan. Muzik luar negara adalah berbeza kerana mereka tidak mempunyai sebarang sempadan dan batas dalam menghasilkan sesuatu karya seni, sehinggakan menyentuh sentimen-sentimen agama. Ini dapat dibuktikan dengan sepotong lirik dari sebuah lagu yang dihasilkan oleh salah sebuah kumpulan muzik antarabangsa iaitu “god is a girl, is only a girl, do you believe it, can you recevive it”. Bukan sekadar yang mengandungi lirik seperti tersebut malah ada juga yang melibatkan aktiviti-aktiviti yang menghina agama Islam seperti memuja syaitan, memijak dan berzina di atas lampiarn-lampiran ayat suci Al-quran, ini amat merbahaya,  jika terus dibiarkan ianya mampu merosakkan iman sebagai seorang Islam, terutamanya terhadap golongan remaja yang mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan budaya barat yang dibawa masuk ke negara kita. 



No comments:

Post a Comment